kebosanan.. tak tahu nak start assignment GCI macam mana. So, aku ambil keputusan nak berblog sekejap. I was thinking for a long time about this. But till now I can't get the answer. Actually I get the answer but why I can't apply it in my life. It's about heart. yeah. how to repair your heart. And how to make it as clear as crystals. Dah banyak kali dengar ustaz dok cerita kena jaga hati. Hatilah yang akan memberi arahan kepada anggota untuk buat sesuatu perkara. Ni kalau dalam islam. kalau dalam sains otak bahagian sereblum yang mengawal pergerakan anggota tubuh manusia (kalau bukan sereblum maybe serebrum, sori nah kalau salah). Tapi apa yang aku maksudkan hati yang memberi arahan ialah kalau keadaan hati seorang manusia yang bersih penuh ketakwaan kepada Allah dia tidak akan sanggup untuk mengarahkan anggota badannya melakukan kejahatan. Kerana dalam dirinya punya sifat keyakinan yang tinggi pada tuhannya yang maha melihat.
Teringat kata ustaz dalam satu seminar. Jangan kata iman bermksud percaya. Tapi iman sebenarnya bermaksud yakin. Yakin dan percaya ialah dua perkara yang berbeza. Orang yang yang yakin dia tidak akan meragukan sedikit pun janji-janji Tuhan, syariat yang dituntut untuk dilakukan, dan hukum yang telah ditetapkan. Tetapi orang yang percaya dengan kewujudan tuhan hanya sekadar percaya. belum tentu dia akan melaksanakan tuntutan agama Malah boleh jadi dia adalah pengkhianat kepada agamanya sendiri. Jom sama-sama repair hati slowly and continously. In shaa Allah kita akan menjadi orang mukmin yang beriman dengan penuh yakin. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment